Jumaat, 9 Disember 2011

Kembali bersua.....Jom !, try buat Kerabu Beko

Assalam buat semua pengunjung blogku. Terima kasih byk krn masih sudi membaca nukilan saya. hari ini, saya ingin berkongsi satu resepi yang agak pelik iaitu KERABU BEKO. Mungkin ada rakan-rakan semua yg tak kenal apa itu Beko?...Beko ini adalah sejenis tumbuhan yg pokoknya tinggi. Beko itu adalah buah yang keluar dr pokok ini. Buahnya berbentuk panjang dan berwarna unggu gelap/ kelabu coklat.


Inilah dia rupa kerabu beko tu....

Bahan-bahannya :
1 Batang Beko ( dibakar, dikikis kulit, dipotong nipis)
3 sudu besar kelapa parut (digoreng kekuningan, ditumbuk kasar)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi
garam, gula
sedikit santan

cara-caranya :

  1. Bakar beko sehingga hangus bahagian luarnya. kikis kulit yg hangus itu. kemudian potong nipis/ sederhana nipis. 
  2. Tumbuk kelapa parut yg di goreng tadi secara kasar, jgn lumat atau berminyak.
  3. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi sehingga lumat.
  4. Gaulkan dlm bekas yang lebih besar semua bahan-bahan ini ( Bawang, cili, kelapa parut, beko, garam, gula). Gaul sehingga serata. 
  5. Masukkan santan. 
  6. Hidangan siap.


Ini adalah cara saya sendiri. mungkin ada perbezaan cara membuatnya bagi orang lain. Jika ada yang sudi, bolehlah cuba try cara UmmiAdam masak......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan