Jumaat, 9 Disember 2011

NASI HUJAN PANAS PELANGI

Kali ini, saya ingin berkongsi menu yang lebih berat iaitu Nasi Hujan Panas Pelangi. Hidangan ini telah saya masak utk hidangan breakfast keluarga saya pada minggu lepas. Memasaknya cukup mudah, sama seperti kita memasak nasi minyak yang lain. Nasi ini sesuai dimakan dengan Ayam masak merah dan Acar Timun. 

 
Bahan-bahannya :
2 cup beras (basuh dan toskan )
2 sudu planta
bunga lawang,buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis (4 sekawan)
1 labu bawang besar di potong dadu
3 cup air
sedikit pewarna merah, hijau, kuning
sedikit garam

Cara memasaknya :
Panaskan periuk, masukkan planta dan tumis bwg dan rempah 4 sekawan sehingga wangi.
Masukan beras dan gaul rata.
masukan air dan sedikit garam, biar mendidih.
kacau sehingga kering. bila dah agak kering, titiskan beberapa pewarna, gaul perlahan dengan menggunakan garpu sehingga rata. 
Biar seketika sehingga nasi masak macam biasa.

Jom, cuba try masak ikut cara UmmiAdam.....mudah kan.?...

Kembali bersua.....Jom !, try buat Kerabu Beko

Assalam buat semua pengunjung blogku. Terima kasih byk krn masih sudi membaca nukilan saya. hari ini, saya ingin berkongsi satu resepi yang agak pelik iaitu KERABU BEKO. Mungkin ada rakan-rakan semua yg tak kenal apa itu Beko?...Beko ini adalah sejenis tumbuhan yg pokoknya tinggi. Beko itu adalah buah yang keluar dr pokok ini. Buahnya berbentuk panjang dan berwarna unggu gelap/ kelabu coklat.


Inilah dia rupa kerabu beko tu....

Bahan-bahannya :
1 Batang Beko ( dibakar, dikikis kulit, dipotong nipis)
3 sudu besar kelapa parut (digoreng kekuningan, ditumbuk kasar)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi
garam, gula
sedikit santan

cara-caranya :

  1. Bakar beko sehingga hangus bahagian luarnya. kikis kulit yg hangus itu. kemudian potong nipis/ sederhana nipis. 
  2. Tumbuk kelapa parut yg di goreng tadi secara kasar, jgn lumat atau berminyak.
  3. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi sehingga lumat.
  4. Gaulkan dlm bekas yang lebih besar semua bahan-bahan ini ( Bawang, cili, kelapa parut, beko, garam, gula). Gaul sehingga serata. 
  5. Masukkan santan. 
  6. Hidangan siap.


Ini adalah cara saya sendiri. mungkin ada perbezaan cara membuatnya bagi orang lain. Jika ada yang sudi, bolehlah cuba try cara UmmiAdam masak......

Rabu, 17 Ogos 2011

ramadhan almubarak

Salam ukhuwwah ....
Sudah lama rasanya saya tak update blog ni....
Walaupun terlambat saya ingin mengucapkan salam ramadhan utk semua yg mengikuti blog saya..
Sudah separuh ramadan berlalu, mari sama-sama kita muhasabah diri kita. Banyak manakah amalan yg sempat kita kumpul sepanjang 18 ramadhan ini. Sedangkan kita semua tahu satu amalan di bulan ramadan ini berganda-ganda pahala yg Allah berikan. Bulan ini bulan bonus bg kita utk mengumpul bekalan ke akhirat. Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan dan kebahgiaan...Amin

Selasa, 17 Mei 2011

Restoren Sari Ratu Kota Damansara

kali ini saya nak bawa peminat-peminat blog semua utk menjelajah satu tempat makan yg menarik. iaitu restoren Sari Ratu yg berkonsepkan masakan Padang, Indonesia. sesapa yg ingin merasai keenakan masakan Indonesia bolehlah mencuba makanan di restoren ini. Keluarga saya sangat suka makan di sini, terutama anak2, krn ruang makan yg luas serta sejuk......

pelbagai pilihan makanan ada di sini, antara yang saya paling suka ialah Ikan Nila Goreng ( kita panggil ikan talapia )...sedap bila inya digoreng garing dan dicicah dgn sambal kicap manis....




selain itu terdapat Gulai Ayam versi Indonesia, Gulai Tunjang, macam-macam lagi......
antara pilihan air yg paling digemari keluarga saya ialah Es Teler......


jom, jalan-jalan cari makan kat restoren sari ratu. terdapat byk cwangan restoren ini. dan yg terdekat dgn area rumah saya ialah di padang kota, kota damansara............

Isnin, 16 Mei 2011

Mi Kuning Tumis Air Ekspress

hari ini, saya nak berkongsi satu resepi mudah, cepat dan sedap....senang aje memasaknya. kalau sesiapa biasa masak mi maggi segera, so lebih kurang sama je caranya......



bahan-bahannya....
semangkuk mi kuning
fish cake, fish ball, seafood, sedikit sayur-sayuran yang anda suka
sedikit garam
gula
1 bwg merah yang telah dikisar
minyak
1 cawan air

cara-caranya...
  1. panaskan minyak, tumis bwg yg telah dikisar tadi, masukkan fish ball, fish cake,seafood, sayur-sayuran. masukkan 1 cawan air. biarkan mendidih.
  2. masukan mi kuning, garam, gula. masak seminit.
  3. angkat dan siap utk dimakan.
cepat, pantas...sama macam masak mi maggi...apa salahnya selepas ni, kalau rasa lapar di waktu tengah malam, jangan lagi masak mi maggi sebaliknya cuba masak mi kuning pula ya......
selamat mencuba...........
sesuai utk semua, anak2 pun boleh makan....nak pedas boleh tambah cili padi atau lada sulah......
jom! cuba try cara UmmiAdam masak..........senang dan mudah........

Selasa, 10 Mei 2011

MASAK LEMAK KUNING SIPUT SEDUT

Menu ini remeh sikit membuatnya, so sesapa yg teringin nak makan siput sedut, perlu meluangkan sedikit lebih masa di dapur. ini kerana, siput sedut itu perlu terlebih dahulu dibuang ekornya satu persatu seblm di masak.....saya ada satu cadangan bg ibu2 yg bekerja dan tak punya byk masa di dapur.....bila ada ms terluang, potong ekor siput sedut tu siap2, lps tu simpan dlm peti. bila nak masak keluarkan aje dan terus boleh masak. proses memasak siput sedut yg telah siap dibuang ekornya mengambil masa sekejap aje....so, ibu2 bekerja pun boleh memasak menu ini....

bahan-2nya ;
1 kg siput sedut
1 cawan santan pekat
kunyit hidup-1cm
6 biji cili padi
sekeping daun kunyit
sebtg serai
 1 ulas bwg merah besar
garam, gula

cara-caranya ;
- bersihkan siput, potong ekornya. bersihkan lagi sehingga yakin bersih....
- kisar bwg, cili padi dan kunyit hidup. masukkan dlm periuk, tambah air dan santan, masak sehingga mendidih.
- kemudian masukkan siput tadi , garam, gula, daun kunyit, masak seketika lagi sehingga mendidih. tutup api. siap.

mudah kan.........
nmpk susah, sebenarnya mudah je...nak pekat, tambah santan kurangkan air, kalau nak kuah byk lebihkan air....ikut citarasa sendiri. caranya tetap sama....
jom ! MASUK DAPUR....mari kita try buat.....selamat mencuba...........
ini cara saya masak, jom cuba try cara saya....

Sabtu, 7 Mei 2011

Selamat Hari Ibu.........

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar Ibu.........
Pengorbanan seorg ibu itu amat besar, taatilah ibumu, hormatilah ibumu......
walaupun ibuku telah lama kembali ke pangkuan Ilahi, tetapi ku sentiasa doakan semoga ibu sentiasa aman dan bahagia di Alam sana......
di kesempatan ini,ku doakan kepada semua ibu terutama ibu mertua ku semoga sentiasa sihat selalu, terima kasih kerana telah melahirkan anak lelakimu yang baik dan penyayang yang kini telah menjadi suamiku...

semalam, anak-anakku begitu teruja nak sambut hari ibu...so, suami membawa kami semua kat Pizza Hut di Subang Bistari untuk meraikan mother day...

bagi sesiapa yg ingin membuat sambutan atau nak makan2....datanglah ke pizza Hut Subang Bistari, krn di sini tempatnya luas, selesa, dan yg paling penting oder yg dipesan, sampai dlm masa yg ditetapkan...tidak menunggu terlalu lama.......

terima kasih suamiku dan anak-anakku kerana meraikan hari ini, meraikan Ummi sebagai Ibu kalian. semoga anak-anak ummi gembira dan bahagia disamping Ummi. Ummi amat sayangkan kalian semua.........terima kasih anak-anakku tersayang , terima kasih Abang, suami yg ku cintai.....

sempatlah juga makan-makan kat sini
antara menu yg menarik ialah Kek Coklat Volcano yg mempunyai rasa yg sedap serta dimakan bersama aiskrim....

Jumaat, 6 Mei 2011

CILI HIJAU GORENG IKAN BILIS RANGUP

Ini adalah resepi yang mudah, cepat dan sedap...sesuai utk mereka yg bekerja dan tak punya byk waktu untuk memasak..
menjadi menu kegemaran Hubby dan keluargaku. bila tetamu datang ke rumah, saya suka menyediakan menu ini coz ramai yg tak pernah makan menu cili hijau ni...ada yang kata pelik, tapi bila try makan, sedap pulak rasanya.....mari kita semua cuba tyr masak....


bahan-bahannya;
15 biji cili hijau - dihiris memanjang
bawang besar kuning - i biji hiris bulat
ikan bilis - digoreng garing
sedikit garam dan gula
minyak masak

caranya;
panaskan minyak, tumis bawang besar serta cili hijau, goreng seketika. masukkan ikan bilis yg digoreng garing tadi. kacau seketika. perasakan dgn garam dan gula. siap.

senang je membuatnya.....cepat, pantas, sedap.......
jom! masuk dapur, cuba try masak resepi ni....

Tumis Asam Pedas Ikan Pari

puas difikir-fikir tadi, apa lah yg boleh dimasak untuk dijadikan Menu utama tengahari ni.....so, tadi sempat singgah di Pasar Mini dekat rumah. tengok ada Ikan Pari...terus terlintas nak masak Tumis Asam Pedas Ikan Pari....
Inilah hasilnya yang sempat dimasak tadi...

nak masak Asam pedas ni macam-2 caranya...ada yang rebus, ada yang tumis, ada letak serai, letak daun limau purut dan macam2 lagi...tapi cara saya mudah dan ringkas...bahan pun tak byk sgt...sesapa berminat boleh cuba try buat cara saya masak....

bahan-2nya ;
3 ketul ikan pari saiz kecil/ sederhana
bwg merah , seketul kunyit hidup & cili kering - dikisar halus
air asam jawa
minyak masak
garam & gula
kacang bendi
daun kesom

cara-caranya ;
- panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing
- masuk air asam jawa. biar sehingga mendidih, kemudian masukkan ikan pari tadi. diikuti kacang bendi dan daun kesom. perasakan dgn garam, gula. biar seketika sehingga kuah agak pekat. siap.

inilah cara saya....cuba try ya....

Sotong Goreng Kunyit Cili Padi

Hari ini saya masak yang mudah2 je...iaitu Sotong goreng kunyit cili padi....mudah, ringkas, sedap....lagi sedap bila selepas masak, terus makan...
mudah saja membuatnya.....ini cara yang biasa saya masak. lain org lain caranya kan....jom, try cara saya masak pulak...

bahan-bahannya;
sotong- potong bulat
bawang besar - 1 labu
cili padi - 6 biji diketuk
cili merah - 1 biji-hiris
serbuk kunyit - 1 sudu kecil
garam, gula
minyak masak-2 sudu

caranya;
potong sotong, gaul bersama serbuk kunyit, garam dan gula. Panaskan minyak, tumis sotong tadi. bila agak sudah masak. masukkan bawang besar, cili padi dan cili merah. gaul rata seketika. siap.......

mudah kan ?....
cubalah buat...wanita bekerja pun sempat masak menu ini. sesuai utk hidangan tengahari atau makan malam...
Selamat mencuba....

Rabu, 4 Mei 2011

ICE ROOM......Restoren Ais Krim kegemaran anak2...

Assalamualaikum....
kali ini saya ingin berkongsi satu tempat makan yg menarik dan amat sesuai bagi pengemar ais krim.....iaitu RESTOREN AIS ROOM......merupakan satu restoren baru, bertempat di The Strand Kota Damansara, berhadapan dgn Giant Kota Damansara....
Restoren ini menjadikan ais krim sebagai menu utamanya disamping menu2 lain.....ais krim disini rasanya lain dari yg lain krn cara pembuatannya yg berbeza....
antara ais krim yg ada disini



kepada pengemar2 ais krim, boleh lah cuba makan disini....selain ais krim, terdapat juga menu lain seperti nasi lemak, mi goreng....
harganya berpatutan, cuma cadangan saya, kalau nak oder ais krim, boleh oder sikit je, kerana satu mangkuk ais krim boleh dikongsi 2 atau 3 org.....byk...tak habis nak makan....
ok...lain kali saya akan berkongsi cerita tentang tpt mkn yg lain pula.....selain memasak, inilah hobi saya..jalan-jalan cari makan......mencuba sesuatu yg baru......

Ahad, 24 April 2011

Saya Blogger baru.....

saya baru dlm penciptaan blog ni. masih belajar. terkial2. mungkin akan berlaku berbagai2 perubahan dari masa ke semasa. kepada rakan2 follower semua, semoga masih sudi mengikuti blog saya...terima kasih daun keladi...

Sabtu, 23 April 2011

KERABU IKAN PEKASAM

sesiapa yg suka kerabu, apa kata anda semua mencuba kerabu ikan pekasam.

bahan-bahannya
2 keping ikan pekasam-goreng garing, tumbuk halus
kelapa goreng - ditumbuk kasar
bawang, cili padi, serai, kacang panjang, daum kesom - hiris nipis
sedikit gula

caranya
gaulkan bawang, serai, daun kesom, kacang panjang, cili padi, kelapa goreng, ikan pekasam yg telah ditumbuk, sedikit gula. gaul sehingga sebati. kerabu ini tidak memerlukan garam dan air limau kerana rasa ikan pekasam yg sememangnya masin dan masam. siap.

mudah, cepat dan sedap........cubalah buat....

Jumaat, 22 April 2011

TERUNG REBUS AIR ASAM

sajian yg mudah, ringkas,sedap & cepat........
terung rebus air asam.ummiAdam.
bahan-bahannya
terung panjang - dicelur
bawang merah kecul -2 ulas
tomato - sebiji
cili padi- ikut suka
belacan - 2cm
air asam jawa - 1mangkuk
garam gula


cara membuatnya
dalam satu mangkuk besar, masukkan bawang yg di hiris, bersama cili padi, buat tomato, belacan, garam, gula, air asam. kacau sebati. masukkan terung yg telah dicelur/rebus tadi. sedia utk dihidang.....senang kan...